Generasi Keenam (2006-2011) Toyota_Camry

Camry 2.4 V (Indonesia)

Camry semakin besar dan mewah. Enjin 2400cc tetap tersedia, ditambah dengan mesin baru 2GR-FE 3500 cc V6 Dual VVT-i, serta enjin 2400 cc dengan Hybrid. Di Australia Camry hanya dijual dengan enjin 2400 cc, kerana untuk segment mesin besar, 3500 cc, Toyota mula memasarkan model dengan nama baru iaitu Toyota Aurion, walaupun pada dasarnya adalah Camry dengan panel body depan dan belakang yang berbeza.

Di beberapa negara Asia seperti China, Malaysia, dan Indonesia, Aurion dipasarkan dengan nama Camry. Untuk Indonesia, Camry tersedia dalam trim level 2.4 G, 2.4 V, dan 3.5 Q. Camry 3.5 Q merupakan model yang mewah dan hampir sama dengan aurion 3.5 Presara.

Amerika Syarikat tetap merupakan pasaran terbesar untuk Camry, dimana terdapat Camry CE, LE, SE, XLE, dan Hybrid. Camry Amerika dan juga yang dijual di Jepun mempunyai lampu depan dan grille yang lebih nipis serta lampu belakang yang berbeza dari Camry Asia atau Aurion.

Camry versi Amerika & Australia digunakan sebagai armada teksi premium di Indonesia

Untuk model tahun 2010 Camry mendapat facelift dengan bumper, grill, dan lampu depan baru. Enjin 2400 cc digantikan oleh mesin baru 2500 cc.